Total Pageviews

Saturday, 20 April 2013

Cinta Alexandria

"Cukupla Sam! Jangan kacau aku lagi. Esok aku akat berangkat ke negara timur barat. Usah cari aku lagi." 

Saat Ainaa lantang bersuara menyatakan hasrat yang telah terbeku, air mata deras membasahi pipinya. Di sebalik corong telefon masih kedengaran rayuan seorang kekasih.

 "Please Ainaa, you promise me that you wanted to be together. Don't do this to me..." 

Bahasa Inggeris yang sangat lancar diucapkan membuatkan Ainaa semakin kian resah. Sudah hampir dua tahun dia menghabiskan masanya bersama Sam atau lebih dikenali sebagai Shamsul.bahasa itulah yang selalu digunakan dalam perbualan sehariannya. Dulu, budaya barat sudah kian dijadikan amalan sehariannya.Mereka lupa akan adat melayu yang pernah dipelajarinya sewaktu kecil.

 Di sudut hati kecilnya, ainaa menyalahi dirinya kerana terlampau taksub dengan dunia hiburan dan dunia luar. "I have my life. I have my father Sam.dia yang tentukan hidup I. Please Sam,kalau awak sayangkan saya tolong lepaskan diri ini. I'm going to egypt tomorrow. Its too late dear." 

"Then,I'm going with you." Jawab Sam selamba tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku. "Kau gila sam?!" Lelaki yang berusia dua puluhan itu pantas menjawab. "Ya, aku memang gila!" 

*****************************

"Assalamualaikum...," tangan gadis yang bertudung labuh menutupi hampir seluruh tubuhnya pantas menepis bahu kelibat di hadapannya. Dia cepat-cepat mengucapkan kalimah Allah dan beristighfar dalam diam

. "Lain kali kalau nak bagi salam, please give sign first!" Mukanya hampir merah menahan marah. Dia menarik pandangannya ke hadapan dan hampir gugup jantungnya melihat kawan baiknya, Alissa. 

"Hamboi ina, cantiknya you ni. And I couldn't agree more, your english never fail! By the way, sorry I tak sengaja nak terkejutkan you. Kejap eh." 

Alissa pantas bergegas menarik tangan seorang lelaki yang berumur seperti dalam dua puluhan dan mula memperkenalkan diri. Ainaa masih terpinga-pinga dengan perbuatan kawannya itu sendiri. Hajat apakah dia datang ke mari. Negara mesir yang penuh dengan ibrah dan ilmu Allah itu, masakan pula dia mahu menuntut pengajian disini. 

Dilihatnya gerak geri Alissa yang cuba memanggil seseorang itu ke arahnya, pelbagai soalan mula timbul.

"Ina,please meet my husband, Asyraf. Sayang, inilah my best friend from high school, ainaa sofea." Mereka berbalas senyuman dan Ainaa pantas mencuit bahu kawannya

. "Kau buat ape dekat sini? And since when you get married and I don't even know?"Suaranya berbaur marah. 

Alissa tidak menjawab laju soalannya kerana bunyi telefon dari dalam beg galasnya membingitkan suasana. "Sekejap ye Ina, aku kena jawab panggilan ni. Its my mother-in-law." Pasrah, dia mengangguk pantas. 

***** 
Azan zuhur yang baru sahaja berkumandang di surau berdekatan telah mula kedengaran. Namun masih banyak lagi kerja yang harus diselesaikan sebelum datangnya hari esok. Walaupun kerjanya itu dirasakan sangat penting, tetapi dalam sudut hati kecilnya dia masih perlu patuh dengan suruhannya.

"Ada lagi yang lebih penting, baik aku pergi ambil air sembahyang sekarang..." 

Belum sempat dia masuk ke bilik untuk menunaikan ibadah fardhu, langkahnya termati apabila beberapa ketukan di pintu hadapan kedengaran. 

"Time time mcm ni jugaklah dia nak datang."Dia mengeluh panjang dan terus bergegas mendapatkan sahabatnya dimuka pintu. Daripada minggu lepas lagi gadis manis ini sudah berjanji dengannya untuk singgah ke rumah, mungkin perasaan serba salah itu telah menghantui rakannya apabila setelah sebulan tidak ketemu. 

Panggilan semalam yang tidak dijangka-jangka itu telah menemukan dua sahabat ini kembali. Alangkah indahnya nikmat dari Allah ini. Masing-masing berdoa agar dipanjangkan umur dan semoga ukhuwah ini berpanjangan.

"Jemput duduk wahai cik Nona." Ainaa mempelawanya dengan bersahaja.

 Terdapat beberapa baris gigi yang kelihatan jelas menunjukkan keayuan seorang wanita.Nor Maimunah atau nama samarannya, Nona memperhatikan setiap gerak geri rakannya itu. 

"Kau ni makin hari makin ayu aku tengok. Kau pakai ape dekat muka tu?" Bersahaja sahaja perbualan mereka.

 Soalan Nona itu dibalas dengan senyuman sahaja.

"By the way Nona, aku dah ade air sembahyang ni. Tak berkesempatan pulak nak solat memandangkan ade tetamu istimewa dah muncul depan pintu rumah." 

Nona terus mencuit bahu rakannya. Ainaa mengadu sakit.

"Tak apa la Ainaa, kau selesaikan urusan kau dulu, aku peod." 

Perbualan tentang peod itu sangat difahami oleh semua wanita. Namun kepada mana-mana lelaki yang ingin tahu atau malu bertanya, sesungguhnya anda harus tahu tentang fakta mengenai peod(period)

 Peod itu hanyalah bahasa lain yang digunakan bagi kaum hawa bagi mereka yang datang bulan, menstrual atau haid. 

Ainaa pernah terbaca akan satu sumber kajian mengenai ini, dianggarkan 75 peratus wanita mengadu mengalami perubahan jasad dan minda ketika kedatangan haid, manakala 20 peratus hingga 50, wanita didapati mengalami tanda-tanda sindrom prahaid dan tiga hingga lima peratus mengalami gangguan prahaid memerlukan rawatan. 

Memang benar wanita itu banyak halangan, pantang dan larangannya, tapi percayalah, wanita itu punya hikmah di setiap unsur alam. Waktu prahaid adalah pada beberapa hari sebelum kedatangan peod, biasanya tanda-tanda peod ini mungkin akan kekal hingga beberapa hari apabila seorang wanita itu datang bulan, namun begitu, ianya akan hilang beberapa hari kemudian.

Tidak dinafikan, apabila wanita ini mengalami tempoh haid, emosi akan jelas terganggu atau mereka mengalami 'mood swing'. 

Kenapa dan apakah puncanya?

 Hal ini kerana mereka mengalami sesungut atau 'dysmenorrhoea' iaitu pengaliran haid yang sakit. Mungkin, anda akan melihat ada wanita yang bergolek-golek di atas katil, atau lebih teruk akan muntah-muntah di dalam tandas. 

Jangan terlampau teruja wahai suami,  isteri anda mungkin belum mengandung lagi, walaupun mereka muntah tetapi mereka hanyalah mengalami sintom haid yang berbeza bagi setiap individu.  

Nona memukul bahu Ainaa yang sudah beberapa minit mengelamun di meja. "Astaghfirullahal a'zim, Ainaa, apa yang kau fikirkan tu? Cepatlah, jangan bertangguh solat kau itu!" Ainaa terus tersedar daripada khayalannya seketika kerana terkejut dengan sapaan Nona yang tiba-tiba. Dia terus bangun dari meja dan pantas mendapatkan telekung di dalam bilik.

        **********************************
Ainaa mula menyusun langkah pantas setelah melihat kelibat tram mula menyusur laju di landasan tram.

" Kalau lambat naik tram ni mampus aku! Bukan setakat kena kutuk dengan doktor, mungkin nama kena blacklist nanti!" 

Setelah tram itu mula berhenti, Ainaa terus mencapai palang di sisinya dan mendaki kenderaan yang seolah-olah seperti kereta api itu tanpa berfikir. 

Apabila ditolehnya ke sisi, ada sesuatu yang sangat aneh sedang berlaku. Kenapa begitu ramai lelaki di dalam gerabak ini fikirnya. Nafas Ainaa seakan-akan terhenti untuk seketika. 

"Ya Allah! Kenapa kau 'careless' sangat ni Ainaa?!" Dengan pantas tangannya menekup mukanya yang sedang menahan malu. Ainaa sudah memasuki gerabak bahagian lelaki. Di Mesir, tram ini dibahagikan kepada tiga gerabak. Gerabak yang paling depan adalah untuk wanita sahaja, yang tengah untuk lelaki sahaja dan yang hujung adalah untuk   wanita dan lelaki seperti mereka yang sudah berkahwin.

Beberapa orang lelaki arab negara ini mula menunjukkan rasa minatnya terhadap Ainaa. Ada yang cuba mencuit bahunya dan mentertawakan dirinya dan ada juga yang sibuk menanyakan nama Ainaa yang kelihatan begitu takut.

Tanpa disedari, seorang lelaki muncul dari satu sudut dan terus merapati wanita itu. Jantung Ainaa seakan tercabut!

"Ya Allah, jagalah aku Ya Allah!"

Benar Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Di saat Ainaa mula menitiskan air matanya, pada saat itu jugalah langkah lelaki yang tidak dikenali itu terhenti. 

Ainaa memberanikan diri untuk memandang kehadapan.

Namun pandangannya seolah-olah terlindung oleh satu kelibat lelaki yang mungkin telah menyelamatkan dirinya. 

Suara lelaki Arab Mesir yang berpakaian jubah labuh putih membuatkan semua lelaki di dalam gerabak itu terdiam. 

"Eh malak? Eh fi eh!" Sungguh lantang suara itu memarahi semua orang yang cuba merapati Ainaa. 

Ainaa memerhatikan setiap pergerakan lelaki berjubah itu. Tingginya lampai mungkin hampir tinggi dengan ketinggian Ainaa. Raut wajahnya sungguh menyejukkan hatinya malah lelaki ini ada sesuatu yang istimewa kerana berjaya memukau dirinya.

"Shukran! (Thank you)" Ainaa mula bersuara. Tetapi sapaannya tidak dibalas dengan baik. Mungkin dia tak dengar atau mungkin juga suara Ainaa agak perlahan disebabkan esakan tangisan yang kuat kedengan, fikirnya.

"nasib baik ada orang tolong aku tadi, kalau tak, habis aku! hm, tapikan, macam kenal je laki tadi? nak kata tua, tak tua, nak kata muda, tak juga. hmmm...."

    *******************************

  Pada malam itu juga, Asyikin Yaya terkial-kial mencari kard ID di dalam bag galasnya itu. Walaupun diseluk sakunya berkali-kali pun Asyi, atau nama samarannya, tidak dapat menjumpai apa yang diingini. 

"Mana pulak pergi kard ni? Haish, tensionnya!" Keluh Asyi dalam keresahan.


dalam beberapa minit kemudian, ada seorang wanita mula menghampirinya. 

"mafish ID?(tak ada ID?)"

Asyi menggeleng laju.

"leh?(kenapa?). soal wanita itu.

Pelbagai alasan yang diberikan. Katanya, tertinggal dirumah dan selalunya dia akan simpan bersama-samanya dan macam-macam lagi alasan. DIlihat jam ditangannya, Asyi tahu dia sudah hampir sepuluh minit lambat. 

"masaklah macam ni!" 

Tiba-tiba, ada satu kelibat merapati mereka. 

"mafish mushkillah. dilwakti, hiyya fi kulliyyah maaya.(tiada masaalah, sekarang, dia ada kelas dengan saya)"

lelaki yang tinggi lampai itu menyuruh Asyi berjalan pantas tanpa menoleh kebelakang. ditarik tangan gadis itu dan memasuki biliknya. 

"abang! your my life saver!"

"kalau aku takde tadi macam mana? kau ni, dahlah suka sangat datang lambat! dengan tak bawak ID datang hospital. kau tau tak, aku malu dengan rakan doktor aku yang lain. semua complain, adik aku sendiri suka datang lambat!"

Asyi terdiam malu.

"tolonglah, before aku report dengan ibu, baik kau behave now! dah, pergi masuk kelas. aku ada meeting ni."

Saiful Soleh, abang kepada Asyikin Yaya, merupakan antara doktor yang sangat disegani di Alexandria, Mesir. setelah habis belajar perubatan di Mesir, dia menyambung pengajiannya di UK dan kembali ke Egypt untuk bekerja selama setahun sebelum dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan tunangnya di Malaysia.

Aysi senyap-senyap memasuki dewan kuliah dan terus mendapatkan tempat duduknya disebelah Ainaa.

"eh, kau ni apahal lambat lagi ha?" 

"panjang ceritanya" 

"kenapa? Makcik ID tu marah kau lagi ke?" 

Asyi mencuit bahu Ainaa, "eh, kau ni macam tak tau je. sebab tu aku lambat. nak pulak, aku terserempak dengan abang aku lagi ni. haih!"

disambungnya lagi, "eh, kita sambung tajuk semalam ke?"

"haah, Inflammatory Bowel Disease, m/s 99" 

"eh, Ainaa, apahal mata kau merah ni? Kau nangis ke? sapa buat kau ni?" riaksi muka Asyi terus berubah menjadi sangat risau.

bersambung.....



No comments:

Post a Comment