c Bukra!
(part 1)
Bukra atau esok adalah satu perkara
yang biasa didengari di Mesir.
“asyik-asyik bukra(esok), bilalah
dorang nak belajar cakap innaharda(hari ni) atau dilwakti(sekarang)? Naik bulu
aku nak menunggu kerja ni siap!” Rungut salah seorang rakanku, Sofea Zulfikar.
“Sofea, sabarlah.” kataku dengan
sedikit tegas.
“macam mana nak sabar Jannah?
Hari-hari aku datang sini, dorang duk buat muka tak ambil tahu!lepas tu pulak,
cakap, esok baru siap. Esok dorang tu bila la agaknya? Geram kau tahu tak,
geram aku dibuatnya!”
Aku pernah bertanyakan satu soalan
kepada Ustazah yang mengajar aku bahasa Amiyyah, (bahasa pasar di Mesir) kenapa
mereka begini? Janjinya esok, tetapi minggu depan baru dapat.
Sakoffah. Itu jawab ustazahku.
Sakoffah bermaksud budaya. Budaya mereka ini telah terbentuk dari dulu lagi.
Pendidikan dari kecil yang tidak mantaplah yang menyebabkan mereka bertindak
sedemikian. Bukan semua, tetapi hampir sebahagian daripada mereka.
Di Mesir, terdapat pelbagai mazhab
yang berbeza. Setiap mazhab mempunyai pendapat yang berbeza dan akhirnya
terbentuklah kelakuan yang pelbagai.
“kau tahu tak Sofea, kalau kau rasa
nak marah, cuba kau gigit lidah kau”
“buat apa aku nak gigit lidah aku,
berdarahlah nanti!” tersentap Sofea mendengar kata-kataku.
Aku tersenyum.
“ok, kalau macam tu, cuba kau
bengkokkan jari kau sampai kau rasa sakit.”
“kau ni Jannah, kenapa eh?pelik
aku! Nanti patahlah jari aku ni.”
Tanpa menghiraukan persoalan Sofea,
aku cepat-cepat memukul lengannya . Lantasan itu dia terus mengadu kesakitan.
Aku terus tersengih dan menyambung
kata-kataku, “Sabar itu macam tulah. Kalaulah aku tak sabar,bukan aku je
terkena tempias sakitnya. Orang sekeliling aku pun terkena. Dan kau pulak, kalau
kau bersabar, Allah bagi banyak rezeki yang kau tak sangka-sangka. Mana tau,
esok kau datang, kau jadi wakil Malaysian untuk berucap dekat Majlis Olympic
nanti, sapa tahu?”
Sofea terdiam seketika.
Dan aku pula, masih terngiang-ngiang
akan kata-kata Doktor itu,
“….dan itulah ayat-ayat cinta dari Mesir.
Mesir itu seakan-akan bernyawa. Ia seolah-olah hendak mengajar kita tentang
sesuatu, tentang kehidupan. Jika bumi Ambiya’ ini boleh dihidupkan, pasti semua
orang akan mendapat keistimewaan dan tersedar akan kebesaran penciptanya.”
bersambung...
.jpg)


