Total Pageviews

Saturday, 25 May 2013

#2 Love Notes From Egypt


c    Bukra! (part 1)
Bukra atau esok adalah satu perkara yang biasa didengari di Mesir.

“asyik-asyik bukra(esok), bilalah dorang nak belajar cakap innaharda(hari ni) atau dilwakti(sekarang)? Naik bulu aku nak menunggu kerja ni siap!” Rungut salah seorang rakanku, Sofea Zulfikar.

“Sofea, sabarlah.” kataku dengan sedikit tegas.

“macam mana nak sabar Jannah? Hari-hari aku datang sini, dorang duk buat muka tak ambil tahu!lepas tu pulak, cakap, esok baru siap. Esok dorang tu bila la agaknya? Geram kau tahu tak, geram aku dibuatnya!”

Aku pernah bertanyakan satu soalan kepada Ustazah yang mengajar aku bahasa Amiyyah, (bahasa pasar di Mesir) kenapa mereka begini? Janjinya esok, tetapi minggu depan baru dapat.

Sakoffah. Itu jawab ustazahku. Sakoffah bermaksud budaya. Budaya mereka ini telah terbentuk dari dulu lagi. Pendidikan dari kecil yang tidak mantaplah yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Bukan semua, tetapi hampir sebahagian daripada mereka.

Di Mesir, terdapat pelbagai mazhab yang berbeza. Setiap mazhab mempunyai pendapat yang berbeza dan akhirnya terbentuklah kelakuan yang pelbagai. 

“kau tahu tak Sofea, kalau kau rasa nak marah, cuba kau gigit lidah kau”

“buat apa aku nak gigit lidah aku, berdarahlah nanti!” tersentap Sofea mendengar kata-kataku.
Aku tersenyum.

“ok, kalau macam tu, cuba kau bengkokkan jari kau sampai kau rasa sakit.”

“kau ni Jannah, kenapa eh?pelik aku! Nanti patahlah jari aku ni.”

Tanpa menghiraukan persoalan Sofea, aku cepat-cepat memukul lengannya . Lantasan itu dia terus mengadu kesakitan.

Aku terus tersengih dan menyambung kata-kataku, “Sabar itu macam tulah. Kalaulah aku tak sabar,bukan aku je terkena tempias sakitnya. Orang sekeliling aku pun terkena. Dan kau pulak, kalau kau bersabar, Allah bagi banyak rezeki yang kau tak sangka-sangka. Mana tau, esok kau datang, kau jadi wakil Malaysian untuk berucap dekat Majlis Olympic nanti, sapa tahu?”

Sofea terdiam seketika.
Dan aku pula, masih terngiang-ngiang akan kata-kata Doktor itu,
 “….dan itulah ayat-ayat cinta dari Mesir. Mesir itu seakan-akan bernyawa. Ia seolah-olah hendak mengajar kita tentang sesuatu, tentang kehidupan. Jika bumi Ambiya’ ini boleh dihidupkan, pasti semua orang akan mendapat keistimewaan dan tersedar akan kebesaran penciptanya.”

bersambung...



No comments:

Post a Comment