c Ayat-Ayat
Cinta
“Dulu, sebelum aku datang ke Mesir,
ada dua perkara yang aku kagumi, iaitu Al-Azhar dan juga sungai Nil.”
Tangisanku kini semakin kuat
apabila cerita Ayat-Ayat Cinta yang sedang aku tonton itu sudah sampai ke
kemuncaknya. Aku menjadi begitu sedih melihat cinta tiga segi ini. Kerana cinta
akan suami, dibiarkan suaminya berkahwin dengan perempuan lain yang sudah lama
mencintainya. Bukan kerana wang dan juga harta, tetapi kerana kebenaran dan
kebebasan daripada suaminya dihukum gantung.
Percintaan dan Perkahwinan.
Aku tidak pernah terfikir untuk
menjalani kehidupan sebagai seorang isteri apabila mula menapakkan kaki di
Mesir.
Yang mahu dicari hanyalah ilmu.
Yang mahu dikejar hanyalah sijil
kedoktoran.
Sewaktu aku mula berhijrah ke bumi
Mesir, aku tidak pernah menduga bahawa kehidupanku sebenarnya baru sahaja
bermula.
Aku teringat akan perbualanku
dengan seorang Doktor di Malaysia.
“Don’t expect too much.” Kata
seorang pelajar perubatan yang sudah pun
menamatkan pengajiannya di Alexandria, dan sudah pun tiga tahun menjadi doktor
di Hospital DEMC.
Oh, ya, aku sekarang merupakan
seorang pelajar perubatan di Universiti Alexandria, Egypt. Salah satu pusat
pelancongan di Mesir.
“Kenapa Kak Aisyah cakap macam tu?
Mesir ini bagaimana?” Pelbagai soalan yang berlegar-legar di fikiranku.
“Mesir ini seperti Ayat-Ayat cinta.
Akak kagum dengan Al-Azhar dan Sungai Nil. Akak kagum dengan lautan yang
terbentang luas di Alexandria. Akak kagum dengan keindahan Gunung Sinai dan
akak berasa begitu bertuah dengan ilmu yang diterima setiap hari. Setiap hari,
akak pasti akan mendapat satu ayat-ayat cinta dalam kehidupan seharian akak.”
Aku masih lagi bingung dengan
perbualan ini.
“apa maksud akak?”
“Adik kena sediakan diri
betul-betul , persiapan dari segi mental, fizikal dan rohani perlu mantap kalau nak belajar di negara orang. Orang Arab ni besar-besar badannya,
bahasanya pula ada perbagai intonasi, dan sikap mereka banyak ragamnya.”
“semasa akak mula datang ke Mesir,
akak menangis tak henti-henti. Akak rindu Malaysia. Aku rindu keluarga. Tapi,
akak tak pernah putus-putus mendoakan agar akak terus kuat. Dan, pada suatu
hari tu, akak ternampak seorang budak kecil yang sibuk memimpin ibunya ke
seberang jalan.”
“… Dipimpin tangan ibunya erat
sambil menyeberang bersama-samanya. Semua kereta terpaksa diberhentikan untuk
memberi laluan kepada mereka. Sungguh sayu untuk melihat keadaan mereka berdua.
Jadi, akak mula tersedar, di Mesir ini punyai pelbagai ayat-ayat cinta. Allah
buka mata akak supaya akak terus tabah dan bersyukur dengan apa yang akak ada.”
“….dan itulah ayat-ayat cinta dari
Mesir. Mesir itu seakan-akan bernyawa. Ia seolah-olah hendak mengajar kita
tentang sesuatu, tentang kehidupan. Jika bumi Ambiya’ ini boleh dihidupkan,
pasti semua orang akan mendapat keistimewaan dan tersedar akan kebesaran
penciptanya.”
Air matanya dikesat perlaham-lahan.
“adik, “… akak itu terus menarik
tanganku dan memegang rapi. “Belajar di luar negara itu adalah salah satu
pengorbanan yang sangat besar. Lagi-lagi, kalau adik belajar di Mesir. Belajar
itu adalah salah satu tanggungjawab. Adik tahu bukan?”
Bunyi di telefon bimbitku segera
dimatikan apabila notification
daripada laman Facebook mula
bertubi-tubi berbunyi.
‘waktu
macam ni la pulak banyak orang nak cakap tahniah. Cepat betul tersebar berita
yang aku akan berangkat ke Mesir.’
Kakak itu masih sibuk meneruskan
perbualannya,
“…dan belajar di Mesir itu pasti
banyak ujiannya.”
Pergerakanku terus termati.
Ini bukan kali pertama aku
terdengar akan perkara ini, benarkah?
bersambung...
No comments:
Post a Comment