Total Pageviews

Friday, 22 March 2013

Power Napping


(alololo, comeynye dia tidur)
 taken from google


"saya selalu rasa penatlah"

"semalam aku nampak sipolan terhantuk kepala dia masa cikgu tengah mengajar. penat agaknya sampai tertidur"

semua orang akan rasa penat apabila selesai satu kerja yang berat atau aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. selalunya, tidur malam yang nyenyak akan dapat membantu masalah kita, tapi kadang-kadang kalau tak cukup tidur, memang penat itu akan terbawa-bawa. habis semua rancangan nak buat tak dapat gara-gara badan lesu dan cepat letih.

faktor utama adalah amalan makanan yang tidak sihat atau diet yang tidak seimbang seperti, skip meal, atau makan 'junk food!'kadang-kadang, keletihan yang berterusan adalah disebabkan penyakit yang kita tidak tahu akan menyebabkan kita letih seperti anemia dan masalah thyroid. (SILA JUMPA DOKTOR jika anda sentiasa penat dan tidur tidak DAPAT membantu dalam menyelesaikan masalah badan letih. tambahan pula apabila anda penat tanpa sebab)



CARA-CARA ELAK BADAN CEPAT LETIH

1. macam mana busy pun, anda mesti tidur!
walaupun kalau kita selalu overtime, macam kerja doktor, kita perlu dapatkan rehat yang cukup. tak kisahla celah mana masa yang ada, dapatkan power nap. lentok kepala sikit, ke letak kepala atas meja, tidur sekejap. tapi baik-baik, tidur cara yang salah pun akan menggangu kerja anda apabila anda mula rasa sakit belakang.(so, banyakkan juga minum susu untuk elakkan osteoporosis) kerja yang berat atau overdoing things masa waktu hari kerja dan lepastu, anda tidur hari cuti minggu seharian tak bangun-bangun, akan menyebabkan badan lagi penat! jadi, jom urus masa tidur kita :p


2.jangan skip meal
rajin-rajinkanlah makan sayur, buah, cereal, roti wholemeal, pasta atau nasi dalam diet anda. kurangkan makan makanan yang tidak berkhasiat atau berlemak, macam cheese, telur, gula dan garam. makan pun kenalah berpatutan.lagi-lagi kita yang nak belajar. nanti mengantuk pulak! daaan daaan badan penat, padahal terlebih makan. -.-" (oppps)

3.jaga berat badan anda
kalau dah tahu badan tu berat, rajin-rajinlah berjogging, exercise, menari, main basikal, main badminton. jangan buat tak tahu pulakkan, yang kita kena jaga berat badan! saya tahu saya tak ada badan ideal, tapi jgn sampai obese dan bertambah penyakit. itu yang dikuatiri. kalau kena naikkan berat badan, jadi makan makanan yang dapat naikkan berat badan dan yang sudah dan tengah bertambah, jom kita kurangkan berat badan. (jom jom jom)

4.cari masa untuk dapatkan udara yang segar
kalau belajar dan bekerja terperuk dalam bilik, macam mana otak nak cerdas badan cergas? buka tingkap untuk dapatkan fresh air pun bagus juga, kalau malas sangat nak kena keluar rumah. bukak semua pintu dan tingkap biarkan udara masuk dalam rumah. 

POWER NAPPING
  • power nap yang ideal adalah tidur selama 10-15minutes
  • walaupun hanya 5 minits badan anda masih dapat mengekalkan kecerdasan jika anda dapat melakukan power nap
  • tidur sebentar selama 15 akan mengurangkan keletihan tetapi akan menyebabkan badan rasa lesu selepas bangun
  • tidur lebih drpd 30 minits akan menyebabkan tidur pada waktu malam akan terganggu
  • anda juga boleh power napping beberapa kali dalam masa sehari supaya badan anda dapat membiasakan rutin ini
  • gunakan jam loceng kalau takut tidur anda teranjak dari masa yang sepatutnya
  • jangan power nap apabila waktu siang mula habis dan jangan tidur depan tv
ok, apa kata kita try. benda basic la selalu lupa kan? 
jom jom jom. 
jom power nap!






No comments:

Post a Comment