Textbook.
Chapter.
Muka surat.
Sila angkat tangan kepada sesiapa yang setuju jika ibu bapa dirumah menggunakan perkataan diatas sebagai satu sesi pembelajaran tentang kehidupan!
*angkat kening sahaja*
"For serious?! Ada ke ibu bapa guna perkataan ni nak ajar anak sendiri?!"
Ya, saya bantah.
(Sila baca dalam nada sinis)
"Anak-anak, syllabus hari ini adalah jangan makan sambil tengok tv. Nanti boleh jadi gemuk. Chapter ke empat, muka surat 129."
Seriously?!
Utk mengetahui tentang kehidupan di dunia, kita tidak perlukan pembelajaran dari buku. Bahkan, buku yang penuh dengan chapter, syllabus dan muka surat tidak akan mampu mendidik manusia untuk menjadi seorang manusia!
Saya pernah terbaca, satu artikel yang berkaitan tentang seorang bapa mengajar anaknya tentang kehidupan.
"Ayah mahu saya jadi apa bila besar nanti?"
"Ayah mahu kamu jadi manusia"
Anaknya menjawab, " Saya mahu jadi doktor!"
"Ya, kamu boleh jadi doktor. Tetapi tidak cukup jikalau kamu hidup sebagai seorang doktor tetapi gagal menjadi seorang manusia"
Anaknya pening. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Pantas dia mengajukan soalan kepada bapanya.
"Ayah, doktor itu bukan manusia ke?"
"anak ayah ni, sayang ayah tak?" Seraya dia mengangguk laju. Sambung bapanya, "semua orang itu perlu dididik dari kecil, macam kamu. Hidup ni, penuh dengan cabaran. Haa, ultraman pun ada cabarankan sebab... kena lawan raksasa, kan?"
Anak kecik itu mula berminat dengan cerita orang tuanya. "Begitu juga dengan anak ayah. Jadilah manusia yang faham tentang kehidupan. Bukan kejar kehidupan. Ayah tahu, bila dah lama-lama nanti, kamu akan faham apa maksud ayah."
Kehidupan itu bukan untuk dinilai tetapi untuk diharungi dan dihargai. Kadang-kala, kita takut untuk melakukan kesalahan. Macam saya. Saya takut jikalau apa yang saya tulis, tidak menyengat anda. Atau... Tidak sampai maksudnya.
Yang saya tahu, tulis apa yang perlu. Benar, tulis apa yang perlu. Cakap bila ada hujahnya dan rehat ada hadnya.
You can't turn back when you did something wrong. But trust me, sometimes, the wrong thing could be the greatest one.
Semasa akhir persekolahan, saya gagal dapat straight a's. Kerana saya dapat b+ dlm mata pelajaran biologi.
Perasan Sedih pada ketika itu tiada dalam kamus saya. Saya redha dengan apa yang saya dapat, malah saya masih bangga dengan pencapaian itu.
Every results is paid by our effort. The biggest my effort, the better the result is!
Then, it turn out that I was stuck with medicine. The road I had taken*macam dalam nama blog ni-haha* mama sediakan platform, saya bergerak atas landasan ni, dan berusaha sebaik mungkin. Dan apa yang saya tahu, saya belajar sesuatu, iaitu, kehidupan itu ibarat pentas.
Ya, saya bergiat diatasnya.
Dan, pelajarinya.
yang susah itu pasti susah,
Yang mudah itu pasti mudah,
Namun, hidup harus kekal indah.
Kini,Saya telah belajar tentang satu benda yang tidak ada langsung dalam mana-mana syllabus, chapter atau ada dalam muka surat, iaitu, menjadi seorang manusia.
Bagaimana anda mahu menjadi seorang manusia?
*tepuk dada tanya diri sendiri* kerana jawapannya tidak akan ada dalam mana-mana buku, chapter, atau muka surat.
Peace, yaww-gotta move.
Assalamualaikum!
.jpg)
.jpg)


No comments:
Post a Comment