Total Pageviews

Sunday, 31 March 2013

Adakah anda seorang yang bersopan santun?


Seperti yang kita tahu, setiap manusia itu diciptakan untuk menjadi khidmat kepada orang lain. Mungkin ramai yang tidak tahu akan potensi diri dalam menjayakan sesuatu, contoh macam seoarang motivator, penulis, pembaca berita, dan banyak lagi kerja, mereka semua bekerja demi kebaikan bersama.

Kalau motivator, mereka bukanlah memberitahu motivasi hanya untuk menunjuk-nunjuk. Seharusnya, motivasi yang membangun dpt menggerakkan individu pasif yang mendengar dan sedikit sebanyak membantu dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan seorang penulis.

Seperti saya.



Baiklah, tajuk pada kali adalah berkisarkan tentang sopan santun.

Saya agak kesal dengan statistic pada 2012, yang menunjukkan Kuala Lumpur sebagai bandar yang tidak sopan. Malu rasanya apabila negara sendiri dilabel sedemikian. Tapi alhamdulillah kita bukanlah negara yang tiada kesopanan kerana masih berada ditangga kedua terakhir, iaitu di tangga ke 34 drpd tangga ke 36. Saya begitu tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Muhaya mengenai isu ini.

Katanya, "saya selalu menganggap statistic itu sebagai indicator kepada setiap perubahan. Walaupun kita berada di carta yang sangat jauh, kita masih tetap bagus drpd dua buah negara."

Saya agak tersentap mendengar kata-katanya di radio ikim.fm. Bagaimana orang yang begitu hebat boleh berfikiran begitu? apabila orang lain menilai dan mula menunding jari kepada siapa yang bersalah, beliau masih tetap boleh berfikiran positif. subhanallah. hm, ya, saya setuju. jangan salahkan ibu bapa, guru, pemimpin, tapi tanya diri masing-masing. adakah kita boleh bersifat sopan santun apabila berhadapan dengan pelbagai situasi? 

Saya selalu tertanya-tanya, adakah saya ini dalam golongan mereka yang dikatakan sebagai kurang sopan? Adakah saya salah seorang daripada mereka yang menilai statistic ini tanpa membuat apa-apa perubahan?

Mungkin ya, atau mungkin tidak.

Apa itu sopan santun? Soalan yang begitu mudah tapi masih ramai tidak tahu akan asas kepada sopan santun, betul tak? Baiklah, sopan santun itu adalah salah satu daripada lima ciri-ciri sifat tawaduk. Dan tawaduk itu mempunyai lima aspek iaitu, senyum, salam, sapa, sopan dan santun.

Ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik mendengar pencerahan drpd Prof. Dr. Muhaya, bahawa, sopan itu adalah bahasa badan.

Jika bahasa badan yang ditonjolkan itu baik, maka baiklah ia.
Dan jika buruk bahasa badan yang diberikan, maka buruklah ia

Pernah tak anda semua terfikir bahawa gaya badan yang dilakukan oleh anda itu menggambarkan diri anda? Malah, contoh-contoh persoalan yang diberikan kepada moderator atau guru/lecturer boleh menilai secara overall tentang diri seseorang itu. Kadang kadang bentuk soalan yang ditanya dapat menggambarkan tahap kefahaman mereka sama ada bijak atau tidak.

Apabila seseorang itu bercakap, hendaklah dia berkata-kata dengan riaksi muka yang sepatutnya. Muka yang penuh dengan senyuman, mata yang berminat untuk mendengar kepada mereka yang bercakap dan pandangan yang senang itu menzahirkan sifat sopan itu.

Santun itu ibaratnya apabika kita tunduk dan angguk apabila orang bercakap, kita memberi laluan kepada orang tua, mendahulukan suami dan anak-anak apabila makan, bertanyakan khabar kepada orang yang baru dikenali dan banyak lagi.

Katanya lagi, "mereka yang menginginkan untuk menjadi ahli syurga akan menjaga perkataannya, pandangannya dan perbuatannya."

benar, siapa yang betul-betul dapat menjaga seluruh aspek ini dapat mencapai apa yang diingini. Tapi tidak bermakna mereka yang tidak sempurna itu bukanlah sebahagian daripadanya. Biarkan mereka berusaha(termasuk saya) dan usah menilai mereka.
BERHENTILAH MENILAI.

Ok, berbalik kepada tajuk, seperti yang kita tahu, satu pencapaian itu perlu dilihat kepada paradigma, minda bawah sedar, cell image, dan concept diri. Setiap cell kita sebenarnya mengawal minda bawah sedar, iaitu subconscious mind dan setiap seratus trillion of cells, mempunyai receptor yang membantu pengeluaran sesuatu response. Kalau baik, apa yang dilihat, diambil dalam diet dan sebagainya, maka baiklah seluruh aspek dalam diri kita.

Jadi, jika anda mempunyai masalah, usah menunding jari kepada orang lain! Apa yang berlaku adalah disebabkan cara anda meng-programkan diri dan minda anda. kita perlu lakukan sesuatu! 

"assalamualaikum dr. " tanya seorang pendengar radio ikim.fm. Soalannya adalah, apa yang perlu dilakukan jika saya bersifat sopan santun, dan orang mula membenci kita dan menggangap sebagai gedik?

 "saya selalu tekankan kepada semua orang, dont live from outside to inside. Tapi hidup dari dalam ke luar. Biar kita pengaruhi orang lain, jangan pulak kita biarkan mereka pengaruhi kita!"

wah, begitu hebat sekali kata-kata daripada seorang doktor yang sudah banyak pengalaman dalam mengendalikan pesakitnya. Harap-harap apa yang ingin disampaikan dapat memberi sedikit manafaat kepada kita semua. Jom sama sama kita bersopan santun! jom yok~

k, assalamualaikum!









No comments:

Post a Comment